Pages

Thursday, 15 August 2013

SKEMA BAB 8 TING.5 (IN SHAA ALLAH)

BAB 8: PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
8.1 PEMBANGUNAN EKONOMI
1a. Nyatakan matlamat Rancangan Malaya Pertama yang diperkenalkan oleh kerajaan.



                                                                                                                                    [5 markah]
-membangunkan kawasan luar bandar yang dipinggirkan oleh penjajah British -merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk bandar dengan luar                    bandar -mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar Bandar -memperbagaikan aktivitiekonomi dan sumber pendapatan negara -supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah
b.i Huraikan usaha-usaha kerajaan untuk mencapai pembangunan di kawasan luar Bandar melalui Rancangan Malaya Pertama.                      [10 markah]
-pembangunan bersepadu yang memberi penekanan terhadap sektor ekonomi,sosial dan awam. -pembukaan tanah baru untuk pertanian -penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan -hasil keluaran pertanian dipelbagaikan -perusahaan melombong bijih timah diperluaskan -sektor sosial seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian -dalam sektor awam, infrastuktur seperti balai polis,pejabat pos,kem tentera,mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberi perhatian -penubuhan RIDA
- untuk membangunkan masyarakat luar Bandar
-memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil-kecilan -membantu memasarkan hasil pertanian -menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan -penubuhan FELDA -untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar -disamping meningkatkan hasil pertanian negara -tanah baru dibuka secara besar-besaran  untuk pertanian -menyediakan petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas kepada peneroka -penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru -untuk menjadi petani moden -jenis tumpuan yang diberi tumpuan ialah getah dan kelapa sawit -Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar -diketuai oleh Dato’Abdul Razak bin Dato’ Hussein -diberikan peranan untuk menyelaras dan menjayakan program pembangunan luar bandar -RIDA dan FELDA diletakkan di bawah kementerian ini .
b.ii     “ Rancangan pembangunan luar bandar masih menjadi agenda penting kerajaan dalam Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama….. “.                

Buktikan pernyataan tersebut.                                                                      [10 markah]
-program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan -usaha mempelbagaikan hasil pertanian negara -bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap getah -dan juga bahan makanan import -menubuhkan FAMA -untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian -dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. -memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastuktur sosial -seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan -usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar -Kementerian Pembangunan Bandar dan Luar Bandar  telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur -untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung. -memperkenalkan Buku Merah -yang mengandungi program,pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian pembangunan di luar Bandar -memastikan program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat -bagi memupuk integrasi nasional -kemunculan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka,Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. -menubuhkan FELCRA -untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. -Bank Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan. -menubuhkan PERNAS -menubuhkan MARDI -untuk menjalankan penyelidikan  dan memperkenalkan teknologi -bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian -kecuali getah -menubuhkan MIDA -dan Lembaga Penasihat Tarif untuk membangunkan sektor perindustrian -meluluskan Akta Pelaburan yang berfungsi menggalakkan kemunculan industri baru.  
c. Apakah peranan MARA dalam usaha meningkatkan ekonomi bumiputera?
                                                                                                                                    [5 markah]
-membantu dan membimbing bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian -membantu melahirkan usahawan bumiputera dalam ekonomi -menambah guna tenaga bumiputera -meningkatkan ekuiti bumiputera dalam syarikat -menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera dalam perniagaan -membangun dan memajukan penduduk luar bandar -mengadakan program latihan belia di luar bandar -memberi bantuan modal dan pinjaman kepada bumiputera dalam perniagaan
2a. Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun      
            pertama di bawah DEB.Huraikan matlamatnya dalam memenuhi aspirasi
DEB.                                                                                                               [8 markah]
-menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
- antara kaum, kawasan dan wilayah -berusaha membasmi kemiskinan -tanpa mengira kaum -dengan menambahkan pendapatan -menyediakan peluang pekerjaan -bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum
-menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
-meneruskan program penbangunan luar Bandar
-menubuhkan beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan kemajuan Wilayah
-untuk melaksanakan program pembangunan wilayah
-menubuhkan agensi lain khususnya untuk membantu golongan petani,
-menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan
-serta memajukan bandar
-bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara bumiputera dengan bukan bumiputera
-Permodalan Nasional berhad
-dan Amanah Saham Nasional telah ditubuhkan

b. Jelaskan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat
         DEB.   [6 markah]
-menubuhkan LPN untuk menstabilkan harga padi
-LKIM untuk meningkatkan taraf hidup nelayan
-UDA untuk membangunkan Bandar
-RISDA bagi membantu pekebun kecil
-LPP membantu golongan petani dalam kegiatan koperasi
-PETRONAS untuk memajukan sector perindustrian dan perniagaan yang berkaitan petroleum
-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri menggalakkan perindustrian dan perdagangan
-dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.
-pembukaan tanah secara besar-besaran
- dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah
-oleh agensi-agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR
-tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit
-kerana keperluan eksport
-agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya
-dalam sektor pembangunan industri
-dan pembangunan bandar baru
-bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian
-antara bumiputera dan bukan bumiputera
-Permodalan Nasional berhad ditubuhkan
-dan Amanah Saham Nasional telah dilancarkan
-Dasar Pertanian Negara
-bermatlamat untuk memodenkan dan menggiatkan semula sector pertanian secara bersepadu
-dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
-penggunan tanah yang lebih cekap dititikberatkan
-supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
-industri desa yang berpotensi
-seperti kraftangan digalakkan
-kemudahan kredit dan insentif diperluas
-melalui Bank Pertanian Malaysia
-Skim Pinjaman Khas Pertanian
-dan Amanah Ikhtiar Malaysia
c.i. Sejauh manakah DEB berjaya mencapai matlamatnya?                                [6 markah]
-berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah -kadar kemiskinan menurun
-KDNK meningkat
-Pendapatan per kapita meningkat
-hak milik modal bumiputera meningkat
-sebanyak 20.3%
-sasaran yang ditetapkan ialah 30%
-hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%
-melebihi sasaran 40%
-peningkatan hak milik modal saham kedua-dua golongan ini berjaya mengurangkan  hak milik saham orang asing
-kepada 33.5%
c.ii Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan daripada Rancangan Malaysia kedua.Buktikan.                                                                                                               [6 markah]
-meneruskan usaha membasmi kemiskinan -dan menyusun semula masyarakat -program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan -untuk meningkatkan produktiviti -membuka peluang pekerjaan
-dan meningkatkan taraf hidup rakyat
-pembukaan tanah secara besar-besaran
- dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah
-oleh agensi-agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR
-tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit
-kerana keperluan eksport
-agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya
-dalam sektor pembangunan industri
-dan pembangunan bandar baru
ciii. Huraikan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam memajukan sektor perindustrian melalui Rancangan Malaysia Keempat dan Kelima.                   [6 markah]
-memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat -yang berasaskan pelaburan modal - teknologi tinggi -dan keperluan tenaga kerja mahir -menubuhkan HICOM -untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat -dengan cekap seperti sektor swasta -bagi menggiatkan perindustrian -dan menggalakkan modal asing -perusahaan baru dibuka -seperti di Skudai,Senawang,Bintulu, menggatal dan Likas -memperkenalkan zon perdagangan bebas -di Bayan lepas dan Sungai Way -melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia -dan Pelan Induk Perindustrian -untuk memajukan sektor perindustrian -mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian -melalui Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
-menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaan
-melalui Pelan Induk perindustrian
-meningkatkan sektor perindustrian
-dengan melonggarkan peraturan
-mengawal hak milik syarikat dan perlesenan
-dalam sektor swasta
-syarat pelaburan modal asingdilonggarkan
-untuk meningkatkan pelaburan sector perindustrian
-berorientasikan eksport
-kerajaan berusahameningkatkan kecekapan agensinya
-agar dapat bekerjasama
-dengan sektor swasta dengan lebih berkesan
3.a Apakah matlamat yang hendak dicapai dalam Dasar Pertanian Negara?          [5 markah]
-meningkatkan pendapatan sektor pertanian -ke tahap maksimum -menerusi pengurusan sumber ekonomi negara -yang cekap dan berkesan -bermatlamat memaksimumkan pendapatan -pekebun kecil -memajukan komoditi utama -yang berpotensi untuk dieksport
b. Apakah strategi yang digunakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara?            [6 markah]
-menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru -di bawah rancangan FELDA,agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri -memperkenalkan program pembangunan in-situ -untuk memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah -menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian - seperti pemasaran,kredit,subsidi dan penyelidikan. -melibatkan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian -di bawah Kementerian Pertanian
c. Huraikan tentang Dasar Pensyarikatan Malaysia yang diperkenalkan di bawah dasar pembangunan ekonomi negara.                                                                         [8 markah]
-matlamatnya untuk meransang penglibatan sektor swasta -secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara -Malaysia dianggap sebagai syarikat yang dimiliki bersama -oleh kerajaan dan swasta -semua kakitangan kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan pekerja -yang bertanggungjawab memajukan syarikat, -satu panel perunding antara pihak kerajaan dengan swasta ditubuhkan -untuk melaksanakan dasar tersebut. -pegawai kerajaan ditempatkan di sektor swasta -untuk menjalin hubungan dan berkongsi kepakaran. -sektor swasta harus faham dasar kerajaan -yang mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi -disamping mendapat keuntungan yang maksimum. -pihak kerajaan bertindak memberikan perkhidmatan sokongan -bagi memudahkan operasi sektor swasta.
4a.

  Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan perlaksanaan dasar tersebut.         [10 markah]
--melalui dasar ini,kerajaan memindahkan
-perkhidmatan, perusahaan,kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu
-kepada sektor swasta
-bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan
-bertujuan meningkatkan produktiviti
-serta kualiti perkhidmatan atau barangan
-kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam
-diyakini dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara
-melalui pelaburan modal
-oleh sektor swasta
-UPE bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan
-yang memberikan garis panduan
-kepada sesebuah kementerian atau jabatan
-yang ingin menjalankan penswastaan
-penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya atau sebahagian
-penswastaan dapat mengurangkan beban kewangan
-dan mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain.
b. Apakah yang anda faham dengan Dasar hala Tuju Cara Baru?                     [5 markah]
-dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar Bandar -melalui pendekatan baru -matlamat utama untuk meningkatkan pendapatan
-golongan petani dan pekerja desa
-melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.
-dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi
-strategi pertama mengelompokkan kampong-kampung
-menjadi petempatan yang lebih besar
-supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik
-strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
-melalui program usahawan desa
-yang terlibat dengan industri pembuatan barangan
-strategi ketiga ialah pelaksanaan projek penbangunan
-oleh agensi kerajaan
-untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
c.i Berdasarkan pemahaman anda, terangkan secara ringkas tentang Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara .                                                                             [5 markah]
-bermatlamat untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan -walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran -peningkatan hasil pendapatan negara penting -untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi -yang lebih tinggi -memastikan penggunaan sumber negara -pada tahap maksimum
-bagi mengelakkan pembaziran
-memastikan sektor perindustrian dapat bersaing
-pada peringkat antarabangsa
-strategi DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan operasi,
-struktur organisasi
-penggunaan teknologi
-serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.
c.ii Apakah rasionalnya Dasar Kependudukan Negara diperkenalkan?                [5markah]
-matlamatnya untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk -menjelang tahun 2100 -pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang -akan memberikan kesan positif -terhadap bekalan tenaga kerja -peningkatan produktiviti negara -memperluaskan pasaran dalam negeri
-jumlah penduduk yang besar
- akan menyumbang ke arah kekuatan politik
-dan keselamatan negara
-menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk
-dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara
-khususnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan,perumahan,kesihatan dan peluang pekerjaan.
-didasarkan pada unjuran jumlah penduduk
-untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk
-tidak mendatangkan masalah kepada negara.
8.2 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN BANGSA
1a. Mengapakah Rukun Negara dibentuk?                                                           [2 markah]
-kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969
-yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum

b. Nyatakan pihak yang bertanggungjawab membentuk ideologi Rukun Negara.
                                                                                                                              [1 markah]
Majlis Perundingan Negara (MPN)

c. Senaraikan dua daripada lima prinsip Rukun Negara.                                       [2markah]  

d. Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara.                                                            [3 markah]
-mengukuhkan perpaduan kaum -memelihara corak hidup yang demokratik -mencipta sebuah masyarakat yang adil -menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai -membina masyarakat yang progresif
-yang akan menggunakan sains dan teknologi
e. Bagaimanakah caranya anda membuktikan anda cintakan negara?               [2 markah]
-menyanyikan lagu negaraku dengan penuh penghayatan -menyokong semua usaha kerajaan kearah perpaduan kaum -menghormati hak kaum lain [mana-mana yang munasabah]
2a. Huraikan langkah-langkah yang diambil ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.                       [8 markah]
- bermula apabila British memperkenalkan Sistem Ahli.
- Laporan Barnes1950
- mencadangkan semua sekolah vernakular dibubarkan
- dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja
- iaitu sekolah kebangsaan
- dicadangkan menggunakan bahasa Melayu
- sebagai bahasa pengantar
- pada peringkat rendah
- serta bahasa Inggeris
- pada peringkat menengah dan tinggi
- cadangan ini ditentang
- oleh orang cina
- kerana menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugut
- laporan Fenn-Wu 1951
- mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal
- walaupun bersetuju dengan sisitem pendidikan kebangsaan
- Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan
- mencadangkan dua sistem persekolahan
- yang menggunakan dua bahasa pengantar
- iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan
- sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa
- bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris
- bahasa Inggeris di wajibkan diajar di sekolah Melayu
- Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan
- Kerana tentangan masyarakat Cina dan India
- Kekurangan kewangan
- dan ancaman komunis
- 1955, Kerajaan Perikatan
- membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran
- yang dipengerusikan oleh
- Dato Abdul Razak Hussein
- selaku Menteri Pelajaran
- Penyata Razak 1956 mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan
- iaitu sistem persekolahan yang sama
- bagi semua penduduk
- dan penyeragaman kurikulum
- bercorak kebangsaan
- cadangan Penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum
- yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- dan sekolah jenis umum
- yang menggunakan bahasa Inggeris,Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar
- sekolah menengah Melayu
- menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- dan sekolah menengah Inggeris
- menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- diwajibkan diajar di semua sekolah
- Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu
- Melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan
- masyarakat berbilang kaum
- Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
b.i Terangkan cadangan-cadangan Penyata Razak 1956 dalam sistem pendidikan kearah kemerdekaan.                                                                                                  [8 markah]
-wujudkan satu sistem persekolahan yang sama kepada semua kanak-kanak -penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan -memberi peluang kepada semua kanak-kanak -yang mencapai umur persekolahan mendapat pelajaran -mewujudkan sekolah Umum -yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar -mewajibkan semua sekolah jenis umum
- menggunakan sama ada bahasa Inggeris, Tamil dan Cina sebagai bahasa pengantar
-menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
-sebagai mata pelajaran wajib
-di semua sekolah
-mengadakan bahasa Tamil atau Cina di sekolah
-sekiranya terdapat   melebihi 15 orang
-dan rayuan daripada ibu bapa.
-menubuhkan 2 aliran sekolah menengah
-iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
-dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
-menjadikan bahasa Melayu sebagai  bahasa pengantar
-dan bahasa Inggeris mata pelajaran wajib di Sekolah Menengah Kebangsaan
-menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
-dan bahasa Melayu mata pelajaran di Sekolah menengah Jenis Kebangsaan
-bantuan kewangan diberikan
-kepada sekolah-sekolah yang mematuhi cadangan tersebut.
b.ii Bagaimanakah Akta Pelajaran 1961 memartabatkan bahasa Melayu seterusnya memupuk semangat perpaduan kaum?
                                                                                                                                    [8 markah]
-sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan -sementara sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan -pelajaran percuma diberikan
-kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
-tanpa mengira keturunan dan agama
-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
-ditukar kepada bahasa Melayu.
-penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan  Rahman Talib.
-Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar
-di semua sekolah menengah.
-pelajaran agama Islam diajar
-di semua sekolah bantuan penuh kerajaan
-yang mempunyai tidak kurang 15 orang pelajar
-bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan
-sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
-semua peperiksaan awam
-akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
-meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah
-supaya umur persekolahan murid dapat dilanjutkan
-kepada 15 tahun.
-murid yang gagal melanjutkan pelajaran
-ke sekolah menengah biasa
-diberi peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah yang menyediakan kursus kemahiran
-untuk melahirkan tenaga kerja mahir
-dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja
-mata pelajaran wajib pula adalah seperti di sekolah menengah biasa
-kursus kemahiran pilihan
-ialah perdagangan,sains rumah tangga,seni perusahaan dan sains pertanian.
b.iii



     
Huraikan laporan jawankuasa tersebut.            [8 markah]
-penekanan terhadap penguasaan kemahiran membaca,menulis, mengira (3M)
-kenaikan darjah secara automatik
-penekanan terhadap sekolah vokasional
-sukatan pelajaran sekolah swasta
-bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
- dalam peperiksaan
-penekanan dalam kokurikulum dan disiplin
-sebagai asas perpaduan

 b.iv Huraikan Falsafah Pendidikan Negara.                                                          [8 markah]
-pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan -ke arah lebih memperkembangkan potensi individu -secara menyeluruh dan bersepadu -untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis -dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani -berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan -usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang
- berilmu pengetahuan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan
-mencapai kesejahteraan diri -serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran -keluarga ,masyarakat dan negara.
c. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang seimbang jasmani,emosi,rohani dan intelektual?
-berusaha mewujudkan pelajar yang cemerlang kurikulum dan kokurikulum -menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran -memperkenalkan semula mata pelajaran sivik -menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai teras dalam SPM -memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan [mana-mana yang munasabah]
3a. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan  untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?                                                             [8 markah]
-Menubuhkan Dewan bahasa dan Pustaka(DBP) -Pelancaran “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa” -dilakukan sebagai usaha  menggalakkan penggunaan bahasa Melayu -memperkenalkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” -penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar -seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri danKolej Sultan Abdul Halim. -meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan -untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan -1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat. -1977, menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia -dengan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar -1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah -menggantikan bahasa Inggeris -1990, bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah
b. Jelaskan secara ringkas tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan                  [6 markah]
-lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan -yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan -pada tahun 1971. -dasar ini digubal untuk menjadi panduan -dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia -  tiga prinsip utama iaitu kebudayaan rakyat asal sebagai tunjang -unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima -agama Islam sebagai unsur yang terpenting -objektifnya untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan -memupuk dan memelihara keperibadian bangsa -memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan -dari aspek kemanusiaan dan kerohanian -seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
c. Bagaimanakah sukan di Malaysia dapat dijadikan alat perpaduan?               [6 markah]
-penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi -tidak mengehadkan penyertaan kepada satu-satu kaum sahaja -malah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat -pada peringkat sekolah -sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan -Majlis Sukan Sekolah-sekolah ditubuhkan pada peringkat daerah,negeri dan kebangsaan -untuk menggalakkan aktiviti sukan. -Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan -dua tahun sekali -memainkan peranan mengeratkan perpaduan kaum -dan hubungan antara negeri.
8.3 MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU
1a. Apakah yang anda faham dengan Wawasan 2020?                                    [2 markah]
-merupakan gagasan negara -untuk menjadi sebuah Malaysia yang maju -menjelang tahun 2020 -idea ini dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad -pada 28 Februari 1991
b. Nyatakan matlamat Wawasan 2020. [2 markah]
-menjadikan Malaysia sebagai  sebuah negara industri yang maju -dengan menggunakan acuan sendiri -setanding dengan negara maju di dunia -dengan menitikberatkan kemajuan fizikal dan spiritual
c. Senaraikan tiga teras kemajuan bersepadu yang menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.            [3 markah]
-perpaduan dalam kalangan rakyat -kestabilan politik negara -ketinggian taraf hidup -kekukuhan nilai moral dan etika -kekukuhan sistem kerajaan -ketinggian maruah bangsa agar dihormati -semangat yakin diri bangsanya
d. Nyatakan tiga daripada sembilan cabaran bagi negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020.
                                                                                                                                    [3 markah]
-membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
-membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan -memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang -mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika -mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi -membina masyarakat yang maju dan saintifik -mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang -menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya -memupuk dan membina masyarakat makmur

0 comments:

Post a Comment